Sunday, 20 November 2016

Laporan Pertandingan Kutip Sampah
Hari : Isnin
Tarikh:  21 November 2015
Masa :8pagi- 1petang
Tempat: SMK Sultan Abidin
Penyertaan : Berkumpulan ( 5 orang )
Laporan : 

        Pertandingan kutip sampah peringkat Sekolah Menengah Sultan Abidin yang telah diadakan pada hari Isnin bersamaan 21 November 2016. Pertandingan berlangsung dari jam 8 pagi  hingga 1 petang bertempat di padang SMK Sultan Abidin .Penyertaan adalah terbuka kepada semua  pelajar secara berkumpulan iaitu 1 kumpulan 5 orang ahli. 
      
       Pertandingan diadakan sempena menyambut ulang tahun sekolah ini. Objektif pertandingan adalah untuk mengajar para pelajar untuk menjaga persekitaran sekolah disamping bergotong- royong membersihkan sekolah. Selesai pertandingan, hadiah disampaikan kepada pemenang oleh Pengetua Cemerlang, Puan  Markina anak Bana,. 

Image result for pelajar sekolah gotong royong

      Kelihatan para pelajar membersihkan kawasan sekolah

Sunday, 13 November 2016


 Kitar Semula



Image result for logo kitar semula Assalamualaikum dan salam sejahtera..
                    Para pembaca sekalian seperti kita ketahui bahawa lambakan sampah semakin lama semakin meningkat di negara Malaysia. Oleh hal demikian, sampah- sampah tersebut hendaklah diuruskan dengan sewajarnya dengan mengitar semula bahan yang boleh kitar semula.

        Apakah itu kitar semula ?? Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru.Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan  tenaga   mengurangkan  pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, 


Image result for bahan kitar semula
Botol dijadikan bot kecil
      Bahan kitar semula pula adalah bahan buangan atau bahan yang tidak digunakan. Bahan kitar semula ini adalah bahan yang boleh diproses dan digunakan. Sebagai contoh, kaca, tin, kertas , logam dan tekstil. Selain itu, bahan kitar semula dapat menjimatkan kos dan boleh digunakan mengikut kreativiti sendiri.
Image result for bahan kitar semula
Contoh  botol digunakan dalam pertanian.





\